25 Mac 2015 - 07:05
Kota al-Dali' dan al-Habilayn bebas dari cengkaman pengganas

Gerakan al-Houthi berjaya bebaskan kota al-Dhali' dan al-Habilayn dari cengkaman pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Televisyen al-Manar menyiarkan laporan bahawa gerakan Ansarullah berjaya membebaskan kota al-Dhali' dan al-Habilayn yang sebelum ini jatuh ke tangan pengganas.

Puak Houthi dilaporkan telah mengerahkan seluruh unit pejuang untuk membebaskan kawasan terbabit sekaligus menstabilkan keamanan di Yaman.

Kawasan al-Dhali' kini diserahkan kepada askar kerajaan dan relawan rakyat untuk kawalan keselamatan.

Salah seorang anggota syura gerakan Ansarullah Yaman berkata, "Tidak ada lagi yang dapat dijadikan fokus sehinggalah rundingan bersama berbagai pihak di Yaman dapat dilangsungkan di Sana'a. Adalah sesuatu yang aneh apabila setiap kali Riyadh dan Doha dipilih sebagai tempat berlangsungnya rundingan."

Hazzam al-Asad berkata demikian dalam wawancara bersama televisyen al-Mayadin sambil menceritakan bahawa PBB telah pun mengirim Jamal bin Umar sebagai wakil bagi membantu menyelesaikan perselisihan-perselisihan hal ehwal dalaman di Doha.

"Beberapa kumpulan seperti al-Qaeda dan Ikhwan telah menjalankan beribu-ribu kegiatan sejak dari tahun 1980-an, " jelas beliau.